Versi tentera laut SCALP EG

Missile de Croisière Naval (Peluru Berpandu Krus Naval)
JenisPeluru berpandu krus
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan2014 (kapal) ; 2017 (kapal selam)
Sejarah pengeluaran
PengeluarMBDA
Kos unit2.48m (US$3.19 juta) [49] (FY2012)
Spesifikasi
Berat1,400 kg (3,086 lb)
Panjang6.5 m (21 ka 4 in)
Diameter500 mm (20 in)

Jarak tembakan efektif>1,000 km (620 bt; 540 nmi)[50]

Enjinenjin turbin jet TR50 microturbo
Lebar sayap2.85 m (9 ka 4 in)
Kelajuan800 km/j (500 mph; 430 kn; Mach 0.65)
Sistem
pemanduan
panduan inersia, topografi (TERCOM/TERPROM), panduan radar aktif dan panduan infra merah, GPS
Ketepatanmetrik
Platform
pelancaran
Frigat FREMM
kapal selam Barracuda
kapal selam kelas-Scorpene

MBDA telah membangunkan sebuah versi jarak jauh pelancaran dari laut untuk Tentera Laut Perancis yang dikenali sebagai Missile de Croisière Naval (MdCN bermaksud Peluru Berpandu Krus Naval),[51] yang telah dipasang pada enam buah frigat pelbagai peranan FREMM versi serangan darat/ASW bermula pada tahun 2015, dan pada kapal selam kelas-Barracuda bermula pada tahun 2018,[52] menggunakan pelancar Sylver versi A70 pada frigat FREMM[53] dan tiub torpedo 533 mm pada kapal selam Barracuda.[54] Oleh kerana peluru berpandu ini tidak dilancarkan dari pesawat udara sepertimana SCALP/Storm Shadow, sebuah penggalak telah diperkenalkan. Versi kapal selam dimasukkan ke dalam sebuah kontenan hidrodinamik keras yang mana akan dilentingkan apabila peluru berpandu telah mencapai permukaan. Bagai menyaingi jarak yang ada pada BGM-109 Tomahawk, jarak MdCN (lebih daripada 1000 km) adalah lebih jauh berbanding SCALP/Storm Shadow.[petikan diperlukan] Kapal selam kelas-Scorpene yang lebih kecil juga boleh membawa peluru berpandu MdCN.[55]

Pada tahun 2006, awalnya Perancis telah memesan 50 MdCN untuk frigat FREMM, penyerahan dijangka pada tahun 2012.[49] Tambahan 100 peluru berpandu lancaran permukaan telah dipesan pada tahun 2009, bersama-sama dengan 50 yang dirancang untuk kapal selam kelas Barracuda.[49] Kos untuk memperolehi 200 peluru berpandu adalah €1.2bn (FY2011) iaitu €2.48m, atau €6m termasuk kos pembangunan.[49]

Penerbangan pertama MdCN daripada pelancar menegak telah dilakukan pada 28 Mei 2010[56] dan ujian pelancaran pertama dari kapal selam dilalukan pada 8 Jun 2011. Kelayakan penembakan lengkap pertama MdCN telah diadakan pada 9 Julai 2012 di lapang sasar Biscarosse. Semasa tembakan pembangunan ketiganya, MdCN memenuhi semua keperluan ujian dengan sempurna termasuk pengesahan autonomi terminal dengan panduan pengawasan senario sasaran infra merah, yang mana telah memberi senjata ini ketepatan yang sangat tinggi. Pada 24 Oktober 2012, MdCN telah menguji konfigurasi end-to-end pelancaran kapal selam untuk pertama kali, bersebelahan dengan pusat ujian Île du Levant.[57] MdCN memasuki perkhidmatan dengan frigat FREMM pada bulan Februari 2017.[58]

Pada April 2018, MdCN pertama kali digunakan dalam operasi serangan ke atas pengeboman ke atas Damsyik dan Homs yang didakwa tapak yang pengeluaran senjata kimia di Syria, dengan koordinasi bersama Amerika Syarikat dan United Kingdom, akan tetapi tanpa kelulusan Pertubuhan Bangsa Bersatu. Selain 9 unit peluru berpandu Scalp EG yang dilepaskan dari pesawat Perancis, frigat FREMM Aquitaine, Provence, dan Languedoc telah melepaskan tiga unit peluru berpandu MdCN.[59] Bagaimanapun, beberapa kegagalan juga dilaporkan.[60][61][62]

Rujukan

WikiPedia: SCALP EG http://airrecognition.com/index.php?option=com_con... http://www.aviationweek.com/aw/blogs/defense/index... http://www.aviationweek.com/aw/blogs/defense/index... http://www.aviationweek.com/aw/generic/story_gener... http://www.defense-aerospace.com/article-view/rele... http://defense-update.com/products/s/storm-shadow.... http://www.defense-update.com/products/s/storm-sha... http://www.defensenews.com/articles/uk-supplied-pr... http://www.defensenews.com/story.php?i=8567271&c=A... http://www.defensenews.com/story/defense/air-space...